Sunday, September 9, 2012

Raja Kong Tiup 3 Lilin.


 Untuk alasan yang istimewa hari ini ialah tiada masa. Tiada masa dapat dilihat
di mana-mana.  Diantaranya ialah  di jalanraya yang penuh dengan kereta2 yang
dalamnya hanya ada satu orang. Tiada masa juga dapat dilihat dari peniaga2 yang tidak mengucap terima kasih atau bersenyum setelah perniagaanya berjaya kepada
pembeli. Dan dizaman yang kononnya 'gadget nation' ini juga, masa dapat dilihat
dicurahkan ke atas skrin2 smartbook atau smartphone yang rata2 penggunanya
mendapat manfaat atau akses yang cepat dan bergaya.

Kisah2 diatas sangatlah mudah dijumpai di sekitar kota2 maju sekarang. Adalah hairan kiranya manusia itu menolak keselesaan yang mampu menjimatkan tenaga, wang
dan masa mereka ini. Dari telefon bimbit hinggalah kenderaan, semuanya harus
diletakkan 'canggih' pada namanya. Paling utama, penggunanya juga harus memiliki
segak yang seimbang tanpa mereka sedar, kezaliman sebnarnye sedang berjinak dan
dewasa dalam mereka. Dan pada 9 haribulan September, jam 10:57pm ini, haruslah
tulisan ini dicacat dan dimusnahkan dengan perasaan tenang bercampur kelamkabut.
Kerana tiada masa untuk mendengar dari seorang yang berjaya telah menyebabkan ini berlaku.
Lihat, inilah yang digelar malas. Yang punyai malas ini selalunya akan dibenci dan dimaki. Dan yang ada malas ini sebenarnya masih mampu duduk di kerusi dan melihat kereta2 yang
sangkut di jalanraya cuba menghabiskan azab mereka. Malas akan mmbantu melapangkan jalanraya juga. Dan jika pemandu dalam kereta itu berpaling dan bersenyum pada
yang punyai malas ini, sudah tentunya senyuman itu akn terbalas. Untuk lagu2 burung di awan
atau pokok dan diceriakan dengan warna2 pelangi, yang ada malas itu dapat
mendongak dan menghayati senario asli ini, kerana mereka yang atau sedang canggih itu sedang tunduk melihat skrin gadgetnya..