Wednesday, November 30, 2011

Pagi 30 November.


Ade sesuatu yang ganjil telah terjalin.

Tuesday, November 1, 2011

Budi Buhusi, Buduyi Kuti


wa terjumpe resit ni smasa wa sedang kemas bilik wa
yang semacam cilaka ni. Ntah bangang apa ntah tiba2 wa
terrajin. Baik, wa memang tau kenapa wa simpan resit ni.
Sebab hari yang wa dapat kertas ni, memang hari yang wat
wa cukup berbulu-bulu.

Takde, wa cuma teringat layanan & wa muka sial mamat tu.
Yang bagi wa , agak segak dan konon-konon bersedia
memberi komitmen yang unggul.

Situasi ni wa biasa jumpa. Bila wa terusha poster atau iklan kat dinding-dinding buletin mahupun dari media elektronik yang tertulis
"Budi Bahasa, Budaya Kita" , wa jadi biol. Sebab itu adalah sangat
lucah. Wa pasti kempen ni dah bertahun-tahun dan sekarang ni makin bertambah-tambah plak kempen-kempen lain, yang dilihat seperti mahu menggandakan
keutuhan jatidiri orang Malaysia. Malaysia? HAHAHA!! Ke orang Melayu? Tapi, kenapa masih lagi wa jumpe orang yang macam mamat ni?

Kalau lu kena yang macam wa kena ni, lu peka dan bersedialah. Pastinya
senyuman atau wajah syurga yang ketara kelihatan di atas mereka. Selalunya
berlaku apabila ada orang-orang yang berpangkat ataupun mamat atau minah salleh. Ini senang jumpa. Letakkan tumpuan tambahan pada fizikal mamat @
minah saleh tu, samada lelaki itu berwajah kacak atau perempuan yang berpayudara besar. Untuk yang berpangkat, samada ada pihak media disekitarnya
ataupun lu dapat lihat anjing yang rajin dan konon-konon berintergriti! HAHAHAHA!!


Kerja 8 hingga 9 jam, memang meletihkan. Wa faham sume tu. Trafik yang
sesak atau cuaca yang tidak menentu, wa faham tu. Kuala Lumpur ni, perkara
ni lah yang wa selalu usha. Sampai wa sendiri fobia nak berada d KL sekitar
pukul 7-10am dan 5-8pm. Ini, bunuh diri. Member wa cakap, nunggang motorsikal, kurang seksa dia. Wa agak setuju, tapi bayangkan nanti bila
semua memilih alternatif ni? Berartus-ratus ribu yang guna motorsikal.
Akhirnya, sesak jugak beb.

Lepas wa dapat ubat-ubat atas ni, wa chow!

Dan....wa nak tambah. Sepatutnye lepas wa dapat resit ni, wa wajib
mendapat rawatan kecemasan, yang wa patut dilayan dan dihantar ke bilik rawatan segera! Kemudian datang seorang lelaki tua tamil(pengawal mungkin)
pada wa dan memberitahu dan mengarahkan pada wa untuk segera ke bilik rawatan. Dan wa tanya kenapa si mamat
tu tak britahu wa? , die hanya tersenyum dan seperti suruh wa sabar.

*

Ubat-ubat yang lu usha tu, sampai hari ni wa tak penah telan sebijik pun lagi.. HAHAHAHAHA!!!

Cermin Mata Tebal.


Hai kawan-kawan, semalam saya batuk-batuk..


Buku Tebal.


hai kawan-kawan, saya masih hidup.


Wednesday, August 31, 2011

Hari Yang Tak Jadi.


Nampaknye telah ade yang terjawab,
Telah ade yang terhurai.

Ruang-ruang ini, sarat dengan sial,
Buangan dari seorang manusia yang kerap ingkar pada janji-janjinya sendiri.


Dan berhiburlah! Terhiburlah!
Kerana ruang sial ini akan terus dihiasi dengan najis segar beraroma neraka,

Sudah! Jangan sibuk mencari kudus!
Berambus! Berambus! Berambus!

JANTAN ZAKAR LOGAM.


Segak dan bergaya,
Tampan dan menawan,

Tapi zakarnya tewas pada rahang faraj 5 bintang.
Tersadai basah dan berkarat.

ANAK SIAL INI.


Sangat sial kehendak anak ini,
Dan sial jugalah alam-alamnya nanti.

MALAIKAT DAN SYAITAN (BERSATU MENGGANDAKAN DARAH MARAH SAMPAH)


Malaikat dan syaitan bersatu menggandakan darah marah sampah.

RATU.


Layu memburu cinta seorang ratu.

Mati.


5kotak. Ya, wa sangat berbangga. HAHAHAHAHA!!!

Arnab Rosak.



Kerja wa kencang, tapi..tapi ape? TAIK!!




30072011 , ''gig tribute Avroco'?
Siapa Avroco?

Memang rare kalau wa nak jawab soklan ni. ok.
Wa selalu terserempak ngan mamat ni d area KL 5,6tahun
dulu. Mamat ni senang nampak. Tapi wa xbertegur je.
Dan wa pun lupa bila yang wa ngam mamat ni.
Kalau xsilap wa, di galeri LostGen, Bangsar xsilap.
Bertahun beb,dkat 3,4tahun punya citer. Mamat ni
ajak wa petik gitar bersama masa 2..dengan suara
garaunya 2. Hehehe!

Galeri LostGen, Avroco tinggal disitu. Di bilik bawah.
Di pintu bilik bliau, tertulis PinkRoom, tapi lepas
wa masuk bilik 2, warna magenta...jahanam otak wa terperap
dalam bilik 2. HAHAHAHA!! Die ajak wa layan musik psychedelic
rock...cd dimainkan dengan menggunakan DVD player yang covernya
dah barai....tapi cool.

Orait, mamat ni melukis jgak. Dan teknik die, sangat-sangat
mempengaruhi wa. Garisan yang selamber dan tarahal. Pastu
ruang-ruangnya diisi dngan figura dan corak beliau yang naive..
Masa ni, wa fikir , memang syabas! walaupun wa tau itu adalah
teknik doodle. Tapi caranye, wat lu xpayah fikir bnyak, cuma
idea dan cara tersendiri yang wat ia berbeza pada doodling ni.

Kalau lu usha sketch2 wa yang lama, lu bleh perhatikan garisan2
tebal tu dan wa jadikan 'column', pastu wa isi corak2 dalam pale
otak wa. Garisan2 tebal itu lah yang wa dapat spark dari beliau.

Tapi, 14 July, Avroco telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Masa 2, wa d Kuching. Semasa dia tenat, kawan karibnya, Rahmat Haron
call wa..Die hairan sebab wa xde smasa die dalam wad. Tapi dalam
hati wa, wa hanya berdoa dan berdoa.

Tapi malam itu, tuhan sangat menyayangi Avroco. Dia pergi akhirnya.
Sungguh cepat, tapi ini takdir. Dan yang paling menyedihka wa,
semasa beliau ade, die berkali ajak wa wat exhibition, Tapi ,wa
memang takde sen. Riak muka beliau memang ketara excited ajak wa,
tapi, sumenye soal sen. Dan kalau exhibition 2 berlaku wa pasti dapat
lihat ketawa beliau yang boleh wa ketawa terbarai jugak. Sebab penah
dulu, die wat xhibiton d CM, pastu wa bitau die "painting kau ade 3ketol
jual", die macam xcaya dan tanye wa berkali betol atau tak.. HAHAHA!
Sungguh riang lelaki ini.

Sekarang Avroco sudah ada di alam lain. Sedang tenang berehat.
Tiada lagi suara garau, citer band psychedelic rock dan citer
pelukis2 hebat atau karya2 yang wa selalu kongsi pandangan dngan
beliau. Kadang2 tiap kali wa menconteng, terlintas nama Avroco dalam
pale otak wa.



Wa : "Avroco, siapa gunting rambut kau? Kemas."
AVroco : "Aku la, kita kan artis"

AL-FATIHAH untuk Avroco Nasir.


Monday, May 30, 2011

. (sketch)

sketch = 0

.


tiada ada apa- apa

Karikatur Encik Mie Mambo.


Petang itu wa menghancurkan masa wa di Lebuh Seni di Dataran Merdeka..
Terjumpa plak Encik Nur Azmi Mokhtar ni.. Die tak ingat wa.. Tapi oleh kerana
wa ni masih tak bagus menconteng, wa bertegur dan bermesra jelah dengan mamat
ni.. Banyak dengar cerita dari beliau, lebih2 lagi, pengalaman dan strateji bliau
dalam bidang seni. Tips melukis, sikit. tapi lebihnye wa kene fikir sendiri..
Memang mencabar betol la..Kepada yang berminat melihat karya2 naive-art,
Ini blog beliau http://www.nurazmiworld.blogspot.com/.

*karikatur diatas itu, diciplak..
wa kan suke tengok orang bermain biola..HAHAHAHA!! Adoi!


Berdosa Lagi

Yang keji itu diulangi,
Yang dicaci itu berulang lagi,
Di dunia ini, ada buku yang harus kerap didalami,
Di dunia ini, ada gerak tubuh ritual yang harus kerap diliuki,
Dan untuk ayah yang telah pergi dan ibu yang selalu bersedih,
Ada cahaya yang harus kerapku buru,
Tetapi aku selalu dan berdosa lagi.

Apa Warna Lepas Mati

Kerongkongkingkong masih berdarah lagi. Member wa bitau wa kiranya banyak sangat pakai perkataan "kalau" ni, tak elok.. sebab syaitan je suka guna prkataan ni..Hmm..mengubah takdir adalah yang terbaik. Tapi jangan sampai kerap bermimpi dan ianya tidak menjadikan lu seorang yang mahu berusaha..Kalau lu banyak sangat pakai kalau.. HAHAHAHA!
Eh, wa xde disiplin la..
------------------------------------------------------------------------------------------
Lukisan dibawah, tajuk yang wa beri, ''Apa warna lepas mati''


Semua ini terkandung dalam otak wa setelah berada di kawasan perkuburan 3 bulan yang lepas.

hHHai..YYYAAAAAAAAAAA!!!!


Dan bulan ini wa menurap lebuhraya jantung wa sebanyak 7 kotak.
tak banyak tersenyum, tak banyak yang aneh, tak banyak yang menjadi di bulan May ini.

huahhhhhhhhHHHHHHH!!!


Buat gadis yang menggelar dirinya Nana Hathena...HAHAHA!

zzZZzzzzzZZZZZZZZZZZZ!!!!

alarm telefon bimbit wa memekak!

Sunday, January 30, 2011

SKT

susah la.................................

SKT



kawan wa berkata , yang berwarna biru itu, adalah air, lemas.
tapi dalam hati wa, itu adalah racun dan loser.

Asap - asap.


huh! wa rasa , ni entri rokok wa yang menunjukkan bulan januari wa isap 9 kotak.
ade hari2 yang wa rasa nak cepatkan lebuhraya dalam jantung wa...ZAS`!
cilaka mamat tu cakap biola wa karakter takde bunyi.
Lu memang sial. lepas ni kalau wa jumpe mat tu, wa cuba hentikan nafas die,
lu tak payah hidup! mampos! mampos...............!

Tuesday, January 11, 2011

Bicara Binasa


Hanya berasa kurang berminat mendengar filosofi dari manusia lagi..
Tapi, prasaan itu cuma kadang-kadang dan sementara.

Ada pula cerita2 yang sangat hebat atau berpengaruh dan wa pula tidak terasa mahu dilihat begitu hebat diatas bumi sial ini.

Terus. Teruslah hari-hari wa ini mendengar bicara mereka yang pasti akan dipandang hebat itu. Dan bila berbalik pada diri wa, cukuplah hanya dibalas dengan senyuman yang rapuh dan hati yang sebenarnya lembik untuk menyemarakkan kasih, sayang dan cinta manusia sesama manusia.


Selamat Pagi.


banyak lagi yang tergendala..Sebatang lagi.

Saturday, January 1, 2011

Azam - azam Itu.

Macam biasa, ayat biasa yang selalu lu dan wa dengar, 'menutup tirai'.
Dan hari ini 1 Januari 2011, tahun baru. Akan tetapi bukan untuk wa.

Laman web sosial, tak kesah la Facebook, Fiendster, Myspace atau ape2,
lihatlah pada buletin. Wa percaya dan yakin pasti ada yang berkobar2
dan bertenaga pada ayat mereka pada buletin tu. Ape bnda? Azam.
Azam itulah, azam inilah. Sumenye baik2 belaka. Dan dengan itu juga, wa mula
sedar, kalau wa juga pernah menjadi macam mereka jadi itu adalah kurang sihat,

Baik, wa pun malas nak lama2 depan monitor ni. Mari kita mula buat
kingkong menjerit dan mulakan dengan apa yang sekeliling wa dulu. wa
mulakan dengan kawasan Gombak, kediaman wa. Tempat yang wa suka meliarkan
mata wa, adalh bila wa lalu di Jalan Gombak, di depan Pasaraya Ong Tai Kim.
Depan pasaraya ni ada 1 jejantas untuk motorsikal yang gergasi dan
panjang. Jejantas ni memang cukup menyakitkan hati wa, tapi wa tetap nak
usha. Bukan sebab ape, tiap kali wa usha, wa memikirkan siapalah yang
bangang nak mampus mereka jejantas ni. Lihat gambar bawah ni(lihat anak panah).
struktur jejantas ni sebenarnye dah menutup laluan atau ruang di depan kedai
yang berada di situ. Resolusi gmbar ni besar, lu bleh klik.
Mikrokan pada anak panah.


Di situ juga ada restoran arab kegemaran wa. Ayam Mandee memang menarik.
Dan menarik juga kalau berfikir tentang jejantas bangang ni. Brape ringgit
la si arkitek ni la dapat dan sape la yang bangang meluluskan untuk
mendirikan jejantas yang macam ni.


Dan, skrang lihat plak gmbar bawah ni. Seni yang menarik ni, slalu dikaitkan
dengan Vandalisma.


Dan wa yakin juga ini cukup menyakitkan hati juga seperti
wa melihat jejantas tadi. Ini Vandalisma tapi yang ade kejujuran. Salah?
Baik jika dibandingkan grafiti ni dengan gambar di bawah ni, mane yang lu
lihat lebih vandalis? Dan aku tambah pulak dengan imej jejantas tadi?
Bagaimana?


Dan tepi hasil seni ni, wa terjumpa plak lagi satu hasil seni. Cuba lu fikir
betol2, memang la kalau buang sampah merata boleh kotor. Memang la nyamuk
bleh bersarang. Apehal benda macam ni pun nak bitau? Siapa la yang bangang
tulis bende ni?


Semasa wa amik gmabr ni smalam, wa sedang menghala ke kedai kunci, nak duplicate.
Lepas tu wa trus ke Bukit Bintang, adik wa suruh bli barang. Tapi wa singgah
dulu ke Pavillion, gigit Tafufa. Depan kompleks ni, ade stage dan seketol monitor
yang terpampang masa untuk masuk ke tahun 2011. Jadi wa masih lagi dalam topik
yang berlegar dalam pale otak wa, azam. Dan lepas wa gigit wa mengahala ke Sungai
Wang, untuk menyelesaikan misi. Wa terpandang ni plak.


Kenapa papan tanda ini wujud? kalau belaja lesen memandu memang tak jumpe bende
alah ni. Dah tak pasal2 hidup ni kene sntiasa bersedia untuk menjadi wira.

Jadi, arini berjuta orang Malaysia akan menanamkan azam yang positif, sumenye
ingin melakukan terbaik samada untuk diri sndiri, keluarga, saudara dan
lebih2 lagi pada negara. Berjutalah yang akan dipandang manusia yang mmpunyai akal dan gaya hidup yang positif. Dan bile orang2 dalam Malaysia ni mahukan yang positif, bertanyalah pada diri sendiri, adakah lu orang sebenarnye dikelilingi dngan perkara2 yang positif mahupun dari orang yang tiada pekerjaan sehinggalah orang yang berpangkat diraja.

Luka - luka Cinta.

Kerje Tak Kuat.


.

.

.

.

.

.