Saturday, January 1, 2011

Azam - azam Itu.

Macam biasa, ayat biasa yang selalu lu dan wa dengar, 'menutup tirai'.
Dan hari ini 1 Januari 2011, tahun baru. Akan tetapi bukan untuk wa.

Laman web sosial, tak kesah la Facebook, Fiendster, Myspace atau ape2,
lihatlah pada buletin. Wa percaya dan yakin pasti ada yang berkobar2
dan bertenaga pada ayat mereka pada buletin tu. Ape bnda? Azam.
Azam itulah, azam inilah. Sumenye baik2 belaka. Dan dengan itu juga, wa mula
sedar, kalau wa juga pernah menjadi macam mereka jadi itu adalah kurang sihat,

Baik, wa pun malas nak lama2 depan monitor ni. Mari kita mula buat
kingkong menjerit dan mulakan dengan apa yang sekeliling wa dulu. wa
mulakan dengan kawasan Gombak, kediaman wa. Tempat yang wa suka meliarkan
mata wa, adalh bila wa lalu di Jalan Gombak, di depan Pasaraya Ong Tai Kim.
Depan pasaraya ni ada 1 jejantas untuk motorsikal yang gergasi dan
panjang. Jejantas ni memang cukup menyakitkan hati wa, tapi wa tetap nak
usha. Bukan sebab ape, tiap kali wa usha, wa memikirkan siapalah yang
bangang nak mampus mereka jejantas ni. Lihat gambar bawah ni(lihat anak panah).
struktur jejantas ni sebenarnye dah menutup laluan atau ruang di depan kedai
yang berada di situ. Resolusi gmbar ni besar, lu bleh klik.
Mikrokan pada anak panah.


Di situ juga ada restoran arab kegemaran wa. Ayam Mandee memang menarik.
Dan menarik juga kalau berfikir tentang jejantas bangang ni. Brape ringgit
la si arkitek ni la dapat dan sape la yang bangang meluluskan untuk
mendirikan jejantas yang macam ni.


Dan, skrang lihat plak gmbar bawah ni. Seni yang menarik ni, slalu dikaitkan
dengan Vandalisma.


Dan wa yakin juga ini cukup menyakitkan hati juga seperti
wa melihat jejantas tadi. Ini Vandalisma tapi yang ade kejujuran. Salah?
Baik jika dibandingkan grafiti ni dengan gambar di bawah ni, mane yang lu
lihat lebih vandalis? Dan aku tambah pulak dengan imej jejantas tadi?
Bagaimana?


Dan tepi hasil seni ni, wa terjumpa plak lagi satu hasil seni. Cuba lu fikir
betol2, memang la kalau buang sampah merata boleh kotor. Memang la nyamuk
bleh bersarang. Apehal benda macam ni pun nak bitau? Siapa la yang bangang
tulis bende ni?


Semasa wa amik gmabr ni smalam, wa sedang menghala ke kedai kunci, nak duplicate.
Lepas tu wa trus ke Bukit Bintang, adik wa suruh bli barang. Tapi wa singgah
dulu ke Pavillion, gigit Tafufa. Depan kompleks ni, ade stage dan seketol monitor
yang terpampang masa untuk masuk ke tahun 2011. Jadi wa masih lagi dalam topik
yang berlegar dalam pale otak wa, azam. Dan lepas wa gigit wa mengahala ke Sungai
Wang, untuk menyelesaikan misi. Wa terpandang ni plak.


Kenapa papan tanda ini wujud? kalau belaja lesen memandu memang tak jumpe bende
alah ni. Dah tak pasal2 hidup ni kene sntiasa bersedia untuk menjadi wira.

Jadi, arini berjuta orang Malaysia akan menanamkan azam yang positif, sumenye
ingin melakukan terbaik samada untuk diri sndiri, keluarga, saudara dan
lebih2 lagi pada negara. Berjutalah yang akan dipandang manusia yang mmpunyai akal dan gaya hidup yang positif. Dan bile orang2 dalam Malaysia ni mahukan yang positif, bertanyalah pada diri sendiri, adakah lu orang sebenarnye dikelilingi dngan perkara2 yang positif mahupun dari orang yang tiada pekerjaan sehinggalah orang yang berpangkat diraja.

No comments:

Post a Comment