Wednesday, September 9, 2009

Kongking

...Mohd.Fatah bin Yahya tros berlari ke telefon awam itu dan dail 999.
" Hello cik, ade K..k..KiNGGGG KONGGGGG!!!!!!!!! " (musik latar blakang : Butterflies - Crimpshrine)

***

Suara Kingkong itu kedngaran hampir 1 Kuala Lumpur.
Sngat kuat jeritan kingkong itu.
Beliau memilih KLCC
untuk mempercapdagangkan habitat kingkong. Ade
pihak lain mngatakan
kingkong itu sebelumnya hndak
memanjat Kl Tower, tapi mungkin bliau rase bngunan
itu
tak cool dan tidak komersial atau kalau keluar media
nanti, 1 dunia baru tahu yang
Malaysia ada lagi 1
bngunan pencakar langit..jadi untuk menjadi terkenal,
kingkong perlu bijak
memilih menara atau bngunan
untuk dipanjat.


4 jam sudah berlalu. Pasukan keselamatan pun dah
sangap. Ramai antara mereka yang nampak
keletihan
tetapi tetap memberikan fokus smbil mnghirup teh o
ais. Cuaca yang agak panas
tidak sedikit pun
mematahkan smangat mereka demi menjaga keselamatan
negara yang tercinta.


Tiba2 kingkong ketawa sekuat-kuatnya. Skaligus mngejutkan
burung gagak yang sedang sibuk mngutip sampah.
Cuba
difahamkan pihak tertentu namun ade pula senjata yang diaju.
Menggelabah. Terkejut.
Para doktor dan profesor yang hadir
smangat mencatat laporan kingkong yang tiba2 ketawa

terbahak2 itu. Kedua2 belah menara condong ke kiri dan ke
kanan. Tapi,apa yang telah
menggelikan hati kingkong?

Tidak lama kemudian, datang sekumpulan orang menaiki
kereta2 mewah, bermotor besar, jip yang
tegap dan trak yang
bagak. Semuanya mewah, berjenama dan serba hitam dan diiringi
polis.
Kumpulan ni juga semua berpakaian hitam . Kingkong
berhenti ketawa dan memerhati kumpulan itu.
Mungkin seolah2
die telah memerhatikan tahi lembu dari atas menara dan
kingkong ketawa. Die
perhatikan semula dan senyum.

Datang beberapa lori membawa pisang. Kesemua pisang itu
berwarna kuning dan nyata kesegarannya.
Muncul seorang lelaki
dari kumpulan itu dan memberitahu kingkong untuk beredar jika
mahukan
pisang2 yang ada di dalam lori2 ni. Kingkong tidak menolak
tawaran itu. Lelaki itu gembira
kerana pasti tragedi hari ini dapat
diselesaikan dngan segera dan mudah. Kingkong turun dari
menara
dan memakan semua pisang didalam lori2 itu. Habis licin. Tidak
tinggal satu pun.
Semua yang hadir gembira dan bertepuk tangan.
Mereka semua berterima kasih pada lelaki itu.
Tetapi, apabila sudah
selesai, kingkong itu terus naik semula ke tempat asal dengan tenang.

Lelaki itu tadi terus hampa. Pisang dah habis. Satu Malaysia die
sudah impot. Rokok dinyalakan.


Tragedi ini bersambung dngan kehadiran sekumpulan lagi yang
hanya berjalan kaki memasuki zon.
Kelihatan lelaki yang rata2nya
memakai topi , bercelak dan berjanggut segak memerhatikan dan

menyelidiki apa yang sedang berlaku. Kumpulan ini juga dihadiri
beberapa wanita yang anggun
berpurdah. Mereka nampak kelihatan
kerana penat berjalan kaki. Kenderaan mereka tidak dibenarkan
masuk.

Tapi mereka datang bukan dengan lori2 yang sarat berisi pisang.
Mereka hanya mmbwa kitab2 suci.
Sederhana tebal. Lalu mereka
membacanya dengan melodi yang sangat sayup. Dahi kingkong berkerut.

Die menggaru kepalanya. Die cuba fahamkan apa yang disampaikan
kumpulan ini. Kumpulan sebelum
ini terasa sangat tertewas kerana
kingkong sudah menunjukkan reaksi yang positif. Bacaan
diteruskan
dan terus disumbat ke telinga kingkong. Kingkong mengalirkan airmata
dan kingkong
terus trun dari menara. Semua telah bingung kerana apa
punca kingkong sebenarnya hingga menaiki
menara yang tinggi itu?

Tetapi ini sumuanya sementara. Kingkong tiba2 melompat2 setempat.
Berlari bertempiaran
kumpulan2 tadi. Kingkong marah dan menjerit
sekuat2nya. Kini warga Batang Berjuntai dapat mendengar
jeritan
kingkong. Kali ini, kingkong betul2 sudah bengang. Klcc telah lengang
dengan kehadiran
manusia yang datang menyaksi. Kingkong menepuk2
dadanya dan ke puncak menara semula.


Semua yang datang untuk membantu telah buntu. Apa yang dimahu
kingkong masih tidak terjawab.
Dari kingkong telah marah, ketawa, sedih,
gembira dan bertukar menjadi biol semula masih
tidak terkaji dalam
setiap pemikiran orang yang hadir. Semuanya masih perlu diperbaiki.
Dan masih
juga belum terlambat. Dan sekali lagi kingkong didatangi
kumpulan yang ingin mengganggu beliau.


Kumpulan ini sangat berbeza dngan kumpulan yang hadir sebelum ini.
Mereka tidak berpakaian
seragam dan mempunyai warna kulit yang berbeza.
Tidak dngan kereta atau jentera, tidak dngan
kitab atau skrip dan tidak
juga dngan pisang berlori2.


Keadaan bertukar lagi kecoh. Kingkong cuba menjadi raja di puncak
ibukota ini dengan pekikan
yang die sendiri rasa sungguh lunak. Die
tidak mahu dihalang dan tidak mahu diturunkan. Mungkin
kingkong
sudah jadi gila. Arahan untuk askar melepaskan tembakan sudah
diterima. Boleh jadi
kekejaman akan berlangsung dimata2 yang datang
atau yang sedang mnyaksikan di kaca tv akan
berlaku pada bila2 masa
sahaja lagi. Tetapi tindakan itu bahaya, kalau2 didatangi ahli kluarga

atau saudara mara kingkong untuk membalas dendam, itu menempah
padah !


Waktu semakin gelap. Senario terakhir yang dinantikan rakyat
Malaysia untuk melihat kingkong
lenyap di menara semakin bosan.
Teh o ais sudah tawar dan kuih menjadi sejuk. Kingkong pula
masih
bertenaga dan kenyang kerana pisang dan masih menjerit2 semacam
bangang.


Senja. Langit menjadi jingga dan kebiru2an. Semua pasukan
keselamatan dan kumpulan2 lega.
Azan maghrib kedengaran iaitu
panggilan kepada penganut Islam untuk mengerjakan sembahyang
yang
keempat dalam sehari. Jadi, waktu ini juga adalah diwajibkan
untuk umat Islam yang berpuasa
untuk mnjamu selera. Dielokkan
jika buah2an didahulukan. Tetapi pisang ,kingkong dah kebas.


Kingkong tidak dilayan tetapi kingkong masih menjerit
membenamkan suara2 azan yang berkumandang
di sekitar
Kuala Lumpur.


Selepas itu,kingkong diam. Die seperti kesakitan. Die juga cuba
bersuara tetapi gagal. Hadirin
yang sudah separuh kenyang memandang
ke arah kingkong. Mereka kasihan pada kingkong. Kingkong
ternganga
kebingungan dan memandang kebawah. Orang ramai disitu terkejut apabila
melihat
kerongkong kingkong luka dan berdarah. Kingkong menangis
dan turun mmenjejakkan kaki ke lantai
premis itu semula.

Die berjalan laju dan menuju ke arah selatan. Bergegar Kuala lumpur
sampai ke Johor.
Senyap. Terus senyap. Gagak2 dapat tidor lena.
Wanita yang bertugas boleh fikir baju raya.
Lelaki yang bertugas
pula,memikirkan elaun bekerja lebih masa tadi. Prof. bleh mencipta

bius atau gula2 kingkong dan senjata2 yang canggih.

Semua telah diundurkan. Semua telah bersurai. Kerja2 membaiki pulih
dijalankan.


Tetapi warga perlu berwaspada akan kehadiran kingkong. Kingkong
yang bongok lagi bangang
menyukarkan pelbagai pihak boleh berlaku
semula.

1 comment:

  1. ni adalah usaha 1Malaysia yg bersepadu pungpangpungpang...
    kingkong misteri tu sape name die ek?
    baharin bin budu?

    ReplyDelete